TANGGUNG JAWAB UMAT ISLAM??


pernahkah anda terfikir apakah tanggung jawab anda sebagai umat islam.pada era ini tidak ramai yang menganggap DAKWAH itu penting.Ramai yang mengambil ringat tentang DAKWAH.meraka tidak memandang serius tentang DAKWAH.

Allah berfirman yang bermaksud:
"Siapakah yang terlebih baik perkataannya daripada orang yang Menyeru
kepada Allah dan beramal soleh seraya berkata:"Sesungguhnya saya salah
seorang Muslim." (Fussshilat ayat 33)

Perkataan ataupun ucapan menyeru manusia ke jalan Allah adalah suatu amalan yang terbaik dan mulia. Tugas suci ini telah dilaksanakan oleh Rasul-Rasul Allah semenjak mula manusia diciptakan, yang telah ditunaikan oleh ramai utusan Allah S.W.T.

Tetapi saban hari DAKWAH semakin di ketepikan.Ramai orang lebih mementingkan kewangan.Umat islam sekarang hanya mengejar kejayaan.Mereka telah lupa kewajipan mereka untuk berdakwah.

Semua utusan Allah itu telah melaksanakan tugas mereka dengan baik dengan tidak mengharapkan apa-apa upah, malah mereka telah mengorbankan harta benda malah ramai pula diantara mereka yang dikejaar-kejar dan ingin dibunuh, seperti apa yang telah dialami oleh Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. dan juga apa yang telah dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Rasulullah s.a.w.mengajak manusia ke jalan Allah dengan lemah lembut dan kasih sayang sesuai dengan Firman Allah yang maksudnya:
"Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah (kebijaksanaan) dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dijalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk."(Annahl:125)

Usaha menyeru manusia ke jalan Allah bukanlah pekerjaan yang mudah, ia memerlukan pengorbanan segalanya, baik tenaga, harta benda jika diperlukan nyawa sekalipun. Usaha yang mulia ini akan berhadapan dengan banyak halangan dan rintangan yang datangnya dari berbagai penjuru. Jika kita tabah menghadapinya Insya-Allah usaha Dakwah kita akan berjaya.


seperti yang saya dengar dari kawan saya baru2 ini.ADA seorang pelajar yang bukan islam bertanyakan tentang agama islam.saya mendapat tahu dari kawan saya yang pelajar ini ingin mengetahui lebih dalam tentang islam.Ini menunjukkan dia berminat untuk memeluk islam dengan kerelaannya sendiri.tetapi tiada orang yang mahu membimbingnya.Adakah ini kerja agama lain utk membimbingnya ke jalan yang benar??
sudah tentu tidak.ini adalah tanggungjawab kita untuk membimbingnya.Tetapi BAGAIMANA??ada sesetengah pelajar yang ditanya rukun iman dan rukun islam pon lupe.
s0 bagaimana mahu membimbing pelajar yang bukan islam??

saya berhenti disini sahaja..saya harap kamu semua dapat BERFIKIR tentang konflikasi dunia ISLAM sekarang.INgATlah Dakwah itu tanggungjawab UMAT ISLAM.

0 comments:

Search This Blog

Followers

chatbox

RADIO ONLINE