Kepentingan surah Al-Ikhlas


  1. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
  2. Sesungguhnya Allah kekal.
  3. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan
  4. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.



SEBAB TURUNNYA SURAH AL-IKHLAS
Sebahagian riwayat menerangkan antara sebab turunnya surah Al-Ikhlas ialah ketika Rasulullah s.a.w. sedang dalam perjalanan pindah dari Mekah ke Madinah. Dalam perjalanan itu baginda telah diekori oleh seorang musyrik dengan kudanya. Pada saat itu turunlah Jibril memberitahu kepada Rasulullah dengan berkata, "Wahai Muhammad! Suraghoh sedang mengejar kamu dari belakang tetapi Allah telah memerintahkan bumi agar patuh kepada kamu."
Setelah Suraghoh sampai kepada Rasulullah dengan pedangnya yang terhunus beliau terus menyerang baginda. Dengan pertolongan Allah Suraghoh bersama dengan kudanya tiba-tiba terbenam ke dalam bumi sehingga tidak dapat bergerak lagi. Suraghoh lalu menjerit meminta pertolongan dari Rasulullah.
Kerana terlalu kasihan Rasulullahpun berpatah balik untuk menyelamatkan musyrik ini. Setelah selamat naik ke atas Suraghoh terus bertanyakan tentang Tuhan Muhammad, katanya, "Adakah Tuhan kamu itu terdiri dari emas atau perak?". Rasulullah menundukkan kepalanya buat seketika, kemudian turunlah Jibril memberikan wahyu dengan katanya, "Wahai Muhammad! katakan 'Qul Huwallah Hu Ahad... . hingga ke ayat terakhirnya.


Khasiat Surat Al-Ikhlas
1.Abu Sa'id Al-Khanafi menerangkan:
Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas,artinya bersih atau pas.Maka barangsiapa yg membacanya dan mengamalkannya dg hati yg ikhlas maka ia dilepaskan kesusahan2 duniawi,dimudahkan didalam gel0mbang sakaratilmaut,dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.

2.Ibnu Syihab Al-Zukhri menerangkan:
"Siapa membaca Suratul Ikhlas seolah-olah ia membaca sepertiga Qur'an".

3.Riwayat dari Sayyidina 'Ali r.a.:
Siapa membaca Suratul Ikhlas sebanyak 11 kali sesudah shalat shubuh,maka syaitan tidak akan dapat menggodanya untuk berbuat dosa,meskipun syetan itu dg sungguh2 hendak menggodanya pada hari itu.

4.Sayyidah 'Aisyah menerangkan'"Dari nabi Muhammad SAW 'siapa membaca sesudah selesai shalat Jum'at,surat Al-Fatihah 7 kali,surat Al-Ikhlas 7 kali,surah Al-Falaq 7 kali dan surah An-Nass,maka Allah SWT akan melindunginya dari kejahatan sampai kehari Jum'at yg akan datang' ".Add Image

5.Dari Sayyidina 'Ali r.a. dari Rasulullah:
"Siapa hendak pergi musafir,kemudian ketika hendak meninggalkan rumahnya ia membaca surah Ikhlas 11 kali,maka Allah SWT memeliharakan rumahnya sampai ia kembali".

6.Sayyidina Anas menerangkan dari Rasulullah SAW:
"Siapa membaca Suratul Ikhlas 30 kali,maka Allah SWT akan menulis barakah,selamat dari api neraka dan aman dari adzab pada hari kiamat".

7.Imam Sayuthi menerangkan dalam kitabnya "Addurrul Mantsur",riwayat dari Ibnu 'Abbas bahwa Rasulullah SAW telah mengatakan:
"Siapa ada hajad hendaklah berwudhu dan shalat 4 rakaat dg sekali salam.
-Rakaat pertama membaca Fatihah sekali dan surah Ikhlas 11 kali.
-Rakaat kedua membaca Fatihah sekali dan surah Ikhlas 21 kali.
-Rakaat ketiga membaca Fatihah sekali dan surah Ikhlas 30 kali.
-Rakaat keempat membaca Fatihah sekali dan surah Ikhlas 41 kali.

Apabila sudah salam,sebelum berkata-kata membaca:
-Surah Ikhlas 50 kali.
-Shalawat atas nabi 50 kali.
-Istighfar 50 kali.
-Laa khaula walaa quwwata illaa billahil aliyil adhiim 50 kali,kemudian ia meminta hajadnya kepada Allah SWT,maka insyaAllah akan ditunaikan hajadnya.


http://ms.wikipedia.org/wiki/Surah_Al-Ikhlas
http://www.virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=11687
http://www.wattpad.com/88229-khasiat-surat-al-ikhlas

Rukun Islam Dan Rukun Imam

5 rukun Islam

1. Mengucap dua kalimah syahadah.

2. Mendirikan solat.

3. Menunaikan zakat.

4. Berpuasa di bulan Ramadhan.

5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.


6 rukun Iman

1. Beriman dengan Allah Subhanahu wa Taala.

2. Beriman dengan para malaikat.

3. Beriman dengan kitab-kitab suci.

4. Beriman dengan para Rasul.

5. Beriman dengan Hari Akhirat.

6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

http://dinulislam.wordpress.com/2007/10/28/kelebihan-surah-yassin/

Kelebihan Surah Yassin

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan”, iaitu:

~Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.

~Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

~Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

~Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

~Jika terpenjara akan dibebaskan.

~Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

~Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

~Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

~Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

~Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

~Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati
al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan
pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

~Sabda Rasulullah s.a.w lagi, “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya”.

~Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin
sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

~Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: “Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.” (Surah Al-Ahzab:71)

SuperHero Islam..Di manakah kalian Semua???



rakyat jepon mmg bagus.ape2 produk yang dia buat dia akan menggunakan produk dia.itu yang membuatkan dia maju dengan cepat.kartun atau cerita super hero yang dia buat menggunakan kreativiti yang ada pada rakyatnya sendiri.contoh superhero yang aku kenal kamen rider,goku,ultraman dan shinchan.

tidak dapat di nafikan.sejak dibangku sekolah lagi aku telah meminati filem2 jepun.Antaranya Kamen Rider Black RX,ultraman seven,cybercops dan sebagainya.

bagi kita semua rakyat jepun dapat bangkit dalam masa yang begitu singkat selepas pengeboman di nagasaki dan hiroshima.Bagaimana pula dengan umat islam?sudah berapa tahun?bilakah ia mahu bangkit semula?

INI MENJADI TANDA TANYA KITA SEMUA


penjajahan minda umat islam terus berlaku sehingga sekarang.Siapa yang harus kita persalahkan?Adakah Barat dan Jepun?


sudah tentu tidak kerana ini menjadi tugas mereka untuk menjajah minda umat islam.

oleh itu kita umat islam perlu bangkit menyelesaikan konflikasi ini.

Kes kamen rider yang aku ceritakan tadi.Sebenarnya kanak2 tak ada cerita alternatif laen untuk di tonton.

Kemana perginya super hero islam?

sedangkan dalam islam begitu ramai superhero dan kehebatan yang maha superhero tentu sekali lebih dasyat dari superhero yang ada.

Namun di manakan ia?


Justeru, sekarang kita memerlukan kartunis2 islam untuk mewujudkan fenomena seperti shinchan dan doraemon dalam kartun berunsur islam.Penulis2 skrip islam bagi melahirkan suatu jalan cerita yang mampu menggerakkan hati penonton ,tidak bosan dan membuatkan penonton ingin menonton sekali lagi.Kita juga memerlukan pelakon2 islam yang mampu memberikan eksperesi sebagai hamba ALLAH yang sebenar,designer2 fesyen islam yang mampu membuat design2 pakaian yang memikat tetapi tidak melanggar syariat,membuatkan orang lain ingin meniru design tersebut.composer2 islam yang mampu mendekatkan diri dengan sang pencipta.bila mendengar muziknya akan menitiskan air mata atau menaikkan semangan.Cameraman2 islam yang mampu mengambil view gambar yang menarik sehingga menyedarkan orang bahawa tiada yang lain menciptakan view itu kecuali dia.


Semua itu perlu diisi.SIapa lagi hendak mengisi kalau bukan kita UMAT ISLAM.AYUHLAH kita sama2 wujudkan fenomena ini.BANGKITLAH wahai sahabat2ku sekalian.

sebenarnya ini bukannya 100% dari idea ak..ak terbace dlm blog spupu ku.

mahu tahu lebih lanjut masuk sini http://doktorbonot.blogspot.com/

Kemusnahan Dunia


Disini saya mahu berkongsi tanda2 kiamat dengan anda semua..

Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malikr.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari.

Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab;"Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

Menghias masjid dan membanggakannya.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.

"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad

Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" -Riwayat Thabrani

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.

Bulan sabit kelihatan besar.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim


dipetik dari http://shoutulsyabab.blogspot.com/2009/08/kiamat-sudah-hampir.html

TANGGUNG JAWAB UMAT ISLAM??


pernahkah anda terfikir apakah tanggung jawab anda sebagai umat islam.pada era ini tidak ramai yang menganggap DAKWAH itu penting.Ramai yang mengambil ringat tentang DAKWAH.meraka tidak memandang serius tentang DAKWAH.

Allah berfirman yang bermaksud:
"Siapakah yang terlebih baik perkataannya daripada orang yang Menyeru
kepada Allah dan beramal soleh seraya berkata:"Sesungguhnya saya salah
seorang Muslim." (Fussshilat ayat 33)

Perkataan ataupun ucapan menyeru manusia ke jalan Allah adalah suatu amalan yang terbaik dan mulia. Tugas suci ini telah dilaksanakan oleh Rasul-Rasul Allah semenjak mula manusia diciptakan, yang telah ditunaikan oleh ramai utusan Allah S.W.T.

Tetapi saban hari DAKWAH semakin di ketepikan.Ramai orang lebih mementingkan kewangan.Umat islam sekarang hanya mengejar kejayaan.Mereka telah lupa kewajipan mereka untuk berdakwah.

Semua utusan Allah itu telah melaksanakan tugas mereka dengan baik dengan tidak mengharapkan apa-apa upah, malah mereka telah mengorbankan harta benda malah ramai pula diantara mereka yang dikejaar-kejar dan ingin dibunuh, seperti apa yang telah dialami oleh Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. dan juga apa yang telah dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Rasulullah s.a.w.mengajak manusia ke jalan Allah dengan lemah lembut dan kasih sayang sesuai dengan Firman Allah yang maksudnya:
"Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah (kebijaksanaan) dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dijalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk."(Annahl:125)

Usaha menyeru manusia ke jalan Allah bukanlah pekerjaan yang mudah, ia memerlukan pengorbanan segalanya, baik tenaga, harta benda jika diperlukan nyawa sekalipun. Usaha yang mulia ini akan berhadapan dengan banyak halangan dan rintangan yang datangnya dari berbagai penjuru. Jika kita tabah menghadapinya Insya-Allah usaha Dakwah kita akan berjaya.


seperti yang saya dengar dari kawan saya baru2 ini.ADA seorang pelajar yang bukan islam bertanyakan tentang agama islam.saya mendapat tahu dari kawan saya yang pelajar ini ingin mengetahui lebih dalam tentang islam.Ini menunjukkan dia berminat untuk memeluk islam dengan kerelaannya sendiri.tetapi tiada orang yang mahu membimbingnya.Adakah ini kerja agama lain utk membimbingnya ke jalan yang benar??
sudah tentu tidak.ini adalah tanggungjawab kita untuk membimbingnya.Tetapi BAGAIMANA??ada sesetengah pelajar yang ditanya rukun iman dan rukun islam pon lupe.
s0 bagaimana mahu membimbing pelajar yang bukan islam??

saya berhenti disini sahaja..saya harap kamu semua dapat BERFIKIR tentang konflikasi dunia ISLAM sekarang.INgATlah Dakwah itu tanggungjawab UMAT ISLAM.

Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan di bumi Sabah dalam keluarga Kristian.. Bapa saya seorang KETUA PADERI yang menjaga 15 buah gereja di satu kawasan di Sabah .

Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh negeri! kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000!!!

Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah ke rumah.. Tanya masalah mereka dan bantu mereka. Berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian, pakaian dan buku sekolah dan sebagainya.

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam, tambah berbaloi dari kalangan intelek.. Hasilnya kami dapat RM3,000 setiap seorang Islam yang dimurtadkan! Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam Persekolahan.. Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.

Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian.. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam.

Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu). ""cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya ke rumah cikgu..."" Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu.

Saya katakan ""cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama islam, agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya"". saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-

1- Mengapa orang Islam sembah Kaabah

2-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.

3-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.

4-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.

5-Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang asalnya.

Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-
kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan -kawan mati akal.

Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.

- Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain. -

Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 - konsep ketuhanan Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya.. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu ke rumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu
menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu.

Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang ke rumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu, saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah.. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang
berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.

Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga.

Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata, ""mengapa Johanis..... awak mengigau.... ""

Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,""Cikgu Islamkan saya........ ."".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu..

Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu!

Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.

Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya... Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah .

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur . Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..

6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah! Saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam.. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang.

Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan.. Biarlah saya jadi pendakwah bebas.

Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang...kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan Kualiti bukan Kuantiti saja!

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah, emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah. saya sayang emak. saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak saya dunia dan akhirat...

Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah, emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita...... .. Ayah saya menganut Agama Islam!

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata.....saya bayangkan ayah dihadapan... saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama..... ...Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu.

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.

Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan Sunnah Rasul.. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.. .

Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya? Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam.

Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya, ""You apa tahu... Islampun baru setahun jagung...... ""

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu.. Kalau ini sikap pendakwah... ...Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam!!! Kerana itu saya ajak menghayati Islam..

Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam!!!

Apa tauliah awak , mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis, sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian, kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura belajar Islam.....jatuh cinta...lalu dimurtadkan. .

Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia (UPM) !!! Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam!!!

Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'.

Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. KALAU TERMINUM, cari air kolah dari 3 masjid.... Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 Qul 1x, dan Selawat. Ambil
sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.

InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah!! !

TOLONG SEBARKAN!! !
Demi islam.....Demi agama yang tercinta...insyaAll ah...

HALALKAH REZEKI KITA.....???
BIARLAH 10 SEN HALAL DARIPADA BERIBU BERJUTA YANG HARAM!!!!!!!
KITA MAKAN....... BAGI ANAK - ANAK KITA MAKAN....... NAK SELAMAT DI
AKHIRAT ??? KITA KEKAL SELAMANYA DI SANA !!!
RENUNGKANLAH. ............. ..WASSALAM! !!

Search This Blog

Followers

chatbox

RADIO ONLINE